
KOD PROGRAM:
PROGRAM PEMENTORAN PERANTIS USAHAWAN SENIBINA LANDSKAP WANITA
PROFIL TOKOH:

LAr. Wan Siti Aishah Omar
Pengarah
Studio 12.1
PENGALAMAN
- 17 tahun pengalaman dalam bidang seni bina landskap – mereka, membina dan merunding lebih 500 jenis landskap di Malaysia.
- Pengalaman bekerja di beberapa syarikat landskap seperti Ideaworks Resources Sdn. Bhd., Alpine Dynamic (M) Sdn. Bhd., P R Landscape Engine, Urban Design Group Sdn. Bhd. dan beberapa syarikat lain.
- Ahli korporat berdaftar dengan Institut Landskap Arkitek Malaysia.
- Pengajar dalam bengkel Asas Melukis (SYVOP Kids – Drawzania.com) selama 6 tahun.
PENCAPAIAN
- Terlibat sebagai perunding landskap untuk projek Legoland Malaysia, BioXcell Johor, Decentrum/ Ion D’Element Genting Highland.
- Hos TV bagi rancangan berkaitan landskap seperti ‘#lamanbajet’ (2013) & ‘landskapbajet’ (2020).
INFO PROGRAM:
OBJEKTIF
- Melahirkan lebih ramai usahawan wanita dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu ‘pembinaan’, khususnya landskap.
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran usahawan wanita dalam bidang pertanian, rekabentuk serta senibina landskap.
- Memberi kesedaran kepada usahawan wanita, bahawa bidang landskap ini adalah bidang yang dekat dengan keperluan serta kesesuaian wanita.
MODUL
- Pendedahan, pemilihan, persediaan – jenis perniagaan landskap.
- Perincian, pendaftaran (team, fund/ loan) – penggerak perniagaan.
- Pengiklanan, rujukan.
- Pengurusan perniagaan landskap mengikut industri (perkhidmatan/ penjualan produk).
- Kepelbagaian gaya berniaga.
- Implementasi perniagaan.
KAEDAH PELAKSANAAN
- Bengkel (1 jam x 3 minggu).
- Pementoran (3 bulan).
- Pemantauan implementasi (2 minggu).
KRITERIA PESERTA
- Pemimpin wanita di peringkat komuniti.
- Umur 18 – 40 tahun.
- Terdiri dari orang persendirian, lepasan Universiti, wakil NGO atau persatuan pelajar bidang landskap atau pertanian atau agrikultur.
- Jumlah peserta 20 orang.