FAQ
Frequently Asked Question Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS)
SYARAT-SYARAT ASAS PERTIMBANGAN
Hanya seorang tokoh dibenarkan untuk dilantik sebagai pembimbing yang bertanggungjawab bagi setiap program. Namun tokoh-tokoh atau penceramah lain boleh dijemput untuk sama-sama menjayakan program tersebut.
Bagi Pelaksana individu, tokoh tersebut perlu memulangkan semula peruntukan yang telah diterima.
Bagi Pelaksana organisasi, perbincangan dan persetujuan antara Pelaksana dan tokoh perlu dicapai sebelum permohonan dibuat. Seeloknya dibuat ikatan secara sah. Namun bagi kes-kes yang tidak dapat dielakkan seperti kematian, kesihatan atau salah laku, Pelaksana boleh memohon kelulusan urus setia untuk penukaran/ penggantian tokoh.
Tidak. Program tersebut lebih berbentuk kemahiran dan keusahawanan. Melainkan terdapat unsur-unsur pembangunan kepimpinan seperti program pembangunan pemimpin-pemimpin atau pemain utama dalam industri jahitan atau masakan dan pengisian modul lebih fokus kepada pembangunan industri itu sendiri. Perlu justifikasi impak yang signifikan.
Buat masa ini permohonan hanya dibuka kepada Pelaksana. Sebarang maklumat berkaitan permohonan sebagai peserta/ perantis akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran media rasmi JPW.
Tidak. Syarat kelayakan serta bidang keutamaan kedua-dua inisiatif ini adalah berbeza. PERANTIS terbuka kepada individu (tokoh wanita) dan organisasi. Fokus utama PERANTIS adalah kepada pembangunan kepimpinan wanita dalam pelbagai bidang.
Boleh.
PROSES PERMOHONAN
Setiap program/ tokoh perlu isi borang yang berasingan. Pemohon yang ingin mengisi borang juga perlu orang yang berasingan sebagai orang yang bertanggungjawab (PIC) terhadap program tersebut. Ini bagi memudahkan rujukan dan semakan permohonan. No. kad pengenalan pemohon akan digunakan sebagai nombor rujukan permohonan.
Laporan tahunan yang mengandungi maklumat aktiviti organisasi.
Sila isi ‘tiada‘. Maklumat ini hanya untuk permohonan kategori organisasi.
Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman web PERANTIS menerusi ikon ‘semakan’.
Boleh.
Semua permohonan hendaklah melalui laman web PERANTIS dan permohonan secara serahan tangan hanya dibenarkan bagi pemohon yang mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
TATACARA KEWANGAN
Tidak. Sekiranya permohonan berjaya, pemohon akan menerima peruntukan sebelum program dilaksanakan.
Boleh. Namun peruntukan yang diterima hanya dibenarkan untuk perbelanjaan baki program (yang belum dilaksanakan), tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan yang telah dilakukan sebelum Surat Kelulusan diterima.
Boleh. Sila sertakan maklumat berkaitan dalam laporan pelaksanaan program.
Penggunaan akaun bersama adalah tidak dibenarkan. Pemohon digalakkan untuk menggunakan akaun bank berasingan bagi individu dan akaun bank organisasi/ NGO bagi permohonan melalui organisasi/ NGO.
Ya. Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun bank bagi satu (1) bulan terkini sahaja meliputi maklumat asas akaun.
TATACARA PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan bergantung kepada cadangan yang dikemukakan. Program tersebut mesti selesai dilaksanakan dalam tempoh kontrak (6 bulan).
Bentuk program bergantung kepada cadangan yang dikemukakan. Tiada syarat tertentu yang ditetapkan. Contoh bentuk program ialah bengkel, latihan, kursus, rundingan, khidmat nasihat, pementoran, komuniti sokongan dan sebagainya.
Tiada had jumlah peserta yang ditetapkan.
PEMANTAUAN DAN PELAPORAN
LPP boleh dihantar dalam masa 30 hari selepas selesai melaksanakan keseluruhan program. Pelaksanaan setiap siri boleh digabungkan dalam satu laporan.
Tidak, LPP hendaklah dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Invois adalah dokumen arahan pembayaran, bukan bukti pembayaran. Namun sekiranya invois tersebut telah dicop ‘TELAH DIBAYAR’ atau ‘PAID’, invois tersebut boleh diterima. Dokumen lain sebagai bukti pembayaran ialah resit dan baucar bayaran (bagi penerima yang tidak boleh mengeluarkan resit).