
KOD PROGRAM:
PROGRAM “WAN MOHALINA FLAGSHIP ACCELERATOR” – KEPIMPINAN DALAM PERNIAGAAN
PROFIL TOKOH:

Wan Mohalina Wan Mohammad
Pengarah Eksekutif
Ifiber Holdings Sdn Bhd
PENGALAMAN
- Berpengalaman 20 tahun dalam menubuhkan dan pengurusan syarikat multi-national, Syarikat Government Link Company (GLC) dan syarikat start-up didalam bidang telekomunikasi, smart city, esports, teknologi digital dan sektor pengilangan berteknologi tinggi.
PENCAPAIAN
- Ahli Mahkota Kedah (AMN) 2015 – Kedah.
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 2012 – Kedah.
- Finalis Anugerah Usahawan ICT Wanita Terbaik 2013 – Anugerah ICT NEF Awani.
INFO PROGRAM:
OBJEKTIF
- Meningkatkan kompetensi kepimpinan dalam perniagaan dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus perniagaan dengan baik.
- Menanam ciri-ciri kepimpinan dalam perniagaan dari segi sikap dan motivasi diri supaya membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang diperlukan bagi mengatasi pesaing.
- Melahirkan bakat kepimpinan dalam perniagaan merangkumi ciri proaktif, inovatif, autonomi dan keagresifan bersaing dan menjadi sumber inspirasi pada pekerja mereka.
MODUL
- Operasi perniagaan.
- Pengurusan kewangan.
- Sumber manusia.
- Jualan dan pemasaran.
- Aspek pematuhan dan perundangan syarikat.
- Geran dan usahawan.
KAEDAH PELAKSANAAN
- Seminar (3 hari).
- Pementoran (3 bulan).
KRITERIA PESERTA
- Usahawan peringkat komuniti.
- Umur 18-40 tahun.
- Pengasas perniagaan yang sedang diusahakan.
- Pembuat keputusan dalam syarikat.
- Jumlah peserta 50 orang.





