
KOD PROGRAM:
PROGRAM KEPIMPINAN SKUAD EKSPRESI HATI INSAN (SEHATI) WANITA
PROFIL TOKOH:

Dr. Norisham Abd Ghani
Pengarah Urusan
Azeedanila Mind Seeheart
PENGALAMAN
- Berpengalaman dalam perkhidmatan kaunseling selama 22 tahun & 32 tahun dalam dunia pendidikan.
- Mantan Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Unit Modal Insan di Bahagian Psikologi Kaunseling, KPM, Putrajaya.
- Telah banyak menjalankan program-program kesihatan mental dan pembangunan diri dalam kalangan warga kerja dalam kerajaan dan swasta.
PENCAPAIAN
- Ikon Alumni Kaunseling Universiti Putra Malaysia 2023.
- Profiling Expert Blue Ocean Strategy.
- Anugerah Emas Inovasi Psikologi Kaunseling KPM.
- Anugerah Perak Inovasi Bahan Cetak.
INFO PROGRAM:
OBJEKTIF
- Memastikan peserta program sedar dan peka terhadap insiden yang berlaku di persekitaran mereka untuk mereka membantu golongan wanita yang terkesan dari aspek emosi dan pemikiran.
- Memastikan peserta program jelas dan memahami input yang disampaikan serta dapat menyatakan tindakan dalam berdepan dengan konflik yang dihadapi.
- Memberikan kesedaran kepada peserta program tentang pendidikan psikososial dan seterusnya menjadi pemangkin perubahan yang positif terhadap diri, keluarga, rakan, jiran dan masyarakat setempat yang berisiko mengalami gangguan emosi dan ketidakstabilan kesihatan mental.
MODUL
- Pengenalan kesihatan mental.
- Kemahiran asas menolong 1 & 2.
- Pengenalan asas psychological first aid.
- Penerokaan dan analisis masalah.
- Aplikasi amali-pengendalian sesi.
KAEDAH PELAKSANAAN
- Kursus pentauliahan (3 hari).
- Bimbingan dan pemantauan (6 bulan).
KRITERIA PESERTA
- Pemimpin-pemimpin wanita dalam komuniti setempat (contoh: AJK Persatuan Taman, AJK Surau).
- Jumlah peserta 50 orang.







